Ok, last month Zah dah start beli bracelet dan beberapa charms termasuklah yang paling penting mesti ada klip dan safety chain.
Kenapa nak mesti beli klip dan safety chain? Sebabnya the clips function as stopper supaya charms yg lain berada pada kedudukan yang ok (taklah ke sana sini pusing). And the safety chain pula berfungsi sebagai penghadang bagi mengelakkan gelang terlepas. Ye lah kan mana tau kunci gelang tu tiba2 terbuka atau apa kan, ada lah safety chain yang akan menyelamatkan bracelet yang lawa itu.... Betul x? Sebab tu ia dipanggil 'safety chain'.
Ok skrg kita cerita pula pasal charms. Ok klu kita tengok charms pandora, harganya mak ai! Mahal sangat kan???
Jadi saya ingin memperkenalkan jenama online baru 'SOUFEEL' di mana brand ini menjual 925 steel strerling untuk bracelet dan beraneka charms yang fit to all brands. Dari segi harga memang sangat munasabah. Bayangkan klu charms zirconia tu kita beli sebiji kat Pandora harga RM265/each. But dekat Soufeel charm zirconia harga dalam RM80.
Sebenarnya zah baru juga beli secara online. Nanti kalau dah sampai zah akan share kualiti dan gambar charms tu kat blog ya. Memandangkan head quartersnya berada di luar negara, postage akan memakan masa 10-20 hari bekerja. Ada juga mereka offer pos laju tp kena tambah RM50.
Tunggu tau nanti zah akan update.